 | |  | | | Who's Online
There are currently, 1 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here | |  | |  |
 | |  | | | Content There isn't content right now for this block. | |  | |  |
|  |
 |
|
 |
| |
SELAMAT DATANG KE PORTAL ALUMNISTARS!
Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar Dan Guru Serta Kakitangan, SMK Tun Abdul Razak, 36200 Selekoh, Perak DR. (ALUMNI STARS) telah ditubuhkan pada bulan Julai 2005 yang lepas dengan matlamat mewujudkan permuafakatan dan tindakan kerjasama antara bekas-bekas pelajar, guru dan kakitangan STARS dengan pihak sekolah bagi membantu meningkatkan pembangunan prasarana, kurikulum , ko-kurikulum dan akhlak pelajar-pelajar STARS ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan meletakkan STARS sebagai salah sebuah sekolah luar bandar yang terbilang.<br>
|
|
 |
|
 |
 |
|
 |
| |
PENDAFTARAN KEAHLIAN
Pendaftaran
SILA ISIKAN MAKLUMAT DIBORANG PENDAFTARAN
MASUK ALUMNISTARS: KLIK LINK DIBAWAH:-
Please fill out my form. Borang Pendaftaran Alumnistars
BUAT BAYARAN ATAS NAMA : ALUMNI STAR
AKAUN RHB BANK BHD : 2-58208-0000227-0
EMAIL : setiausaha@alumnistars.com
SETELAH BUAT PEMBAYARAN SILA BORANG PENGESAHAN PEMBAYARAN
DI MUKASURAT BAYARAN
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:58:58 CDT (3 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
BAYARAN YURAN KEAHLIAN
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut.
- Bayaran masuk - RM20.00 - Bayaran tahunan - RM 20.00 /
RM 200.00 seumur hidup.
Kutipan kilat semasa program/aktiviti : mengikut kemampuan yang hadir dalam program atau aktiviti.
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:48:08 CDT (3 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
KEAHLIAN ALUMNISTARS
Terbuka kepada semua bekas pelajar dan guru STARS,Perak yang berumur 18 tahun dan keatas,selepas alam persekolahan,tidak mengira agama,kaum,bangsa,keturunan dan tempat tinggal.
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas,hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. YURAN KEAHLIAN
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:46:05 CDT (3 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
MATLAMAT/TUJUAN : ALUMNISTARS
Mewujudkan permuafakatan dan tindakan kerjasama antara bekas-bekas pelajar dan guru STARS,Perak dengan pihak sekolah bagi membantu meningkatkan pembangunan Prasarana,kurikulum,ko-kurikulum dan akhlak pelajar-pelajar STARS,Perak kearah kecemerlangan,kegemilangan dan meletakkan STARS,Perak sebagai sebuah sekolah luar bandar yang terbilang.
Mewujudkan dana persatuan yang dapat membantu STARS,Perak didalam pembangunan,prasarana seperti kemudahan sukan,kemudahan ICT dan teknologi maklumat,harta tetap dan lain-lain lagi yang bermanfaat kepada warga STARS,Perak.
Membantu STARS,Perak dalam meningkatkan pencapaian kurikulum,ko-kurikulum dan kemantapan jati diri dan akhlak pelajar dengan sumbangan idea,kemahiran,pengalaman,kewangan dan tenaga dalam program-program STARS,Perak dan PIBG Sekolah.
Mengeratkan semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan bekas pelajar STARS,Perak dengan warga sekolah serta masyarakat setempat dengan program dan aktiviti yang dijalankan.
Membantu STARS,Perak kearah sekolah yang berwatak berteraskan kecemerlangan,kegemilangan sebagai sebuah sekolah luarbandar yang terbilang.
Mengeratkan silaturahim diantara bekas-bekas pelajar dan guru-guru STARS,Perak.
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:40:08 CDT (3 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
Maklumat Terkini Alumnistars
3. Persatuan ALUMNI SMK TUN ABDUL RAZAK,Selekoh,Perak telah diluluskan pendaftarannya pada 11 januari 2008.Mesyuarat AJK penaja pertama telah
dibuat pada 17 September 2005 .Pelancaran penubuhan telah dibuat pada Oktober 2006.Ia hanya dapat dibuat secara sederhana tetapi meriah.
4.Mengikut keputusan mesyuarat AJK Penaja pertama tahun 2008 pada 23 Februari 2008 yang lepas,Program dan aktiviti yang dirancang pada tahun 2008 ialah:
i) Pendaftaran lebih ramai ahli ALUMNI STAR.
ii) Mesyuarat AJK 4 kali setahun (Februari,Jun,Sept dan Disember 2008)
Februari - STARS
Jun - Ipoh
Sept - KL/Selangor
Disember -Stars
iii)Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri / Aidil Adha.
iv)Penglibatan dalam aktiviti sekolah seperti Hari Kecemerlangan,Hari Guru.
v) Membantu PIBG dalam Pembinaan Dewan Sekolah.
4. Borang yang telah dilengkapkan boleh dihantar kepada urusetia seperti alamat / faksimili di atas dengan kadar segera. Kerjasama daripada pihak Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Saudara / saudari amat diharapkan bagi mencapai matlamat dan objektif persatuan ini diujudkan.
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:38:46 CDT (4 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
FALSAFAH PENDIDIKAN STARS
Program Pendidikan yang strategik dan terancang Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh adalah satu usaha yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada perkembangan potensi semulajadi semua pelajar tidak kira bangsa dan agama. Segala sifat semulajadi dan unsur-unsur persekitarannya dijana dan disuburkan untuk membantu meningkatkan keupayaan pelajar mencapai kecemerlangan. Setiap pelajar berhak mendapat pendidikan paling sempurna dan memberi peluang seluas-luasnya untuk berkembang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani demi memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar-pelajar sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:35:22 CDT (4 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
WAWASAN PENDIDIKAN STARS
BIDANG KURIKULUM
1.Mewujudkan sistem pengurusan kurikulum STARS yang cekap, profesional, cepat dan tepat supaya mampu menggerakkan jentera pelaksana program pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan STARS.
2. Meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam PMR dan SPM dari segi kuantiti dan kualiti.
3.Meningkatkan bilangan pelajar Tingkatan 4 yang berminat dan berkeupayaan mengambil mata pelajaran elektif bidang Sains dan Teknologi ke 60% menjelang tahun 2000.
4.Mengeluarkan seberapa ramai pelajar yang cemerlang dan layak masuk institusi-institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan negara ke arah mencapai status negaramaju.
5. Meningkatkan pemerolehan berbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya intelek(Budaya Ilmu dan Berfikir)di kalangan pelajar, guru dan ibubapa melalui perkembangan staf, budaya membaca dan penyebaran maklumat terkini.
6. Memastikan penerapan nilai-nilai murni diteruskan secara berkesan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan semua mata pelajaran lain secara bersepadu.
7. Memastikan pendidikan pencegahan dadah dan aids dilaksanakan secara terancang dan bersepadu dalam semuamata pelajaran.
BIDANG KOKURIKULUM
1. Mempertingkatkan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk dinikmati oleh semua pelajar supaya mereka menjadi sihat dan mahir dalam bidang yang diceburi.
2. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ke tahap 100% dalam bidang permainan, persatuan/ kelab dan unit beruniform.
3. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum ke tahap cemerlang di peringkat daerah dan negeri.
4. Menyediakan pelajar dengan latihan awal ke arah memupuk bakat mereka dari segi kepimpinan, kesukanan, kesenian dan kemahiran-kemahiran lain yang berteraskan sains dan teknologi.
5. Menanam semangat integrasi nasional dan perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum, taat setia, bangga dan cinta pada diri sendiri, sekolah dan negara.
BIDANG KESAHSIAHAN
1. Melahirkan pelajar-pelajar yang berjiwa besar, proaktif, kreatif, inovatif dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sesuai dengan keperluan serta aspirasi masyarakat dan negara.2. Menanam dan menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, saling hormat-menghormati dan mempunyai disiplin kendiri yang mantap.
3.Meningkatkan hubungan sekolah dan masyarakat persekitaran dalam hal-hal berkaitan peningkatan keberkesanan pendidikan pelajar melalui permuafakatan pendidikan.
BIDANG PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
1.Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kepemimpinan sekolah dengan mengamalkan gaya pengurusan dan kepemimpinan yang bersendikan ilmu pengetahuan, ketrampilan dan akhlak serta bersifat terbuka.
2. Memantapkan budaya cemerlang di kalangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan ke arah pencapaian “tanpa kecacatan” di setiap peringkat pengurusan dan pentadbiran sekolah.
3. Mewujudkan iklim persekolahan yang ceria, teratur dan selamat serta budaya sekolah yang sihat dan menggalakan kemajuan.
STARS bersama ke arah merealisasikan
PERAK NOMBOR SATU
melalui rancangan strategik
“KECEMERLANGAN MATLAMAT STARS
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Monday, October 26 @ 08:32:42 CDT (4 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
 |
|
|
 |
|
 |
| |
Daftar Sekarang ! Serlahkan Idea Anda Sebagai Alumnistars..
Jika Anda Bekas Pelajar Stars ..Sila Lakukan 6 Perkara dibawah:-
1. Daftar sebagai ahli portal alumnistars
2. Daftar sebagai ahli diruangan Forum Alumnistars.
3. Daftar sebagai ahli alumnistars : Borang telah disediakan
4. Lakukan pembayaran ahli RM20 / RM200
5. Sila Bank In wang keahlian dan sila isikan Pengesahan Bank In.
6. Gambar akan bertukar secara otomatik .Sila Klik HOME beberapakali .
Sekian terimakasih. Setiausaha Alumnistars
|
|
 |
|
 |
| |
Posted by adminon Sunday, October 25 @ 11:03:23 CDT (7 reads)
(comments? | Score: 2) |
|
 |
|
|
|  |
 | |  | | | Login Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. | |  | |  |
 | |  | | | Big Story of Today There isn't a Biggest Story for Today, yet. | |  | |  |
 | |  | | | Old Articles There isn't content right now for this block. | |  | |  |
 | |  | | | Jumlah Hits We received 1551 page views since 28/10/2009 | |  | |  |
|